Ahad, 29 Mac 2015

KELAS LITERASI (30.3.2015 / ISNIN)

Makluman kepada pelajar tingkatan 1 setia,

Kelas literasi pada hari isnin, 30.3.2015 terpaksa dibatalkan kerana saya terlibat dengan Pertandingan Bola Jaring Di Stadium Ipoh.

Maaf atas kesulitan yang berlaku, kelas anda akan saya tunda pada hari lain seperti yang dijanjikan.

Pn. Nurulazlina Mazlan.

Khamis, 19 Mac 2015

Capaian Frog Vle Bulan Mac - Jun 2015

Assalammualaikum warga SMK Pengkalan..

Sepanjang bulan Mac hingga Jun ini akan diadakan capaian Frog Vle secara kerap. Oleh itu, diharapkan warga SMK Pengkalan dapat "Log in" frog vle dan membina "Sites" @ "explore site" yang telah dibina oleh guru2.

Team frog vle juga telah menyediakan ruangan carian id guru dan murid di bahagian menu kanan blog ini untuk kemudahan semua dan dapat di akses di mana jua.

Team frog vle berharap usaha untuk meningkatkan capaian frog vle ini mendapat sambutan dari semua warga SMK Pengkalan.

Dibawah ini adalah salah satu menu atau site yang telah dibina dan di kelola oleh ahli Kelab Komputer SMK Pengkalan..

Tambahan :
 Sepanjang  bulan Mac - Jun ini, team frog vle juga mengadakan pertandingan dalam beberapa kategori, antaranya

1. LOG IN terbanyak
2. Paling lama berada dalam Frog Vle
3. Pembinaan Sites yg menarik
4. Pembikinan Dashboard yg paling menarik

Terma dan syarat akan dipaparkan kemudian.